CuTe Gurlz N EnsYem BoyZ..

Monday, February 28, 2011

Faceblog? Bukan Facebook ye..

Assalamualaikum..aii guys n gurls.. 
haa..korang taw x pasal faceblog?? haa..bkn facebook taw
nie website baru & baek punyerrr!
hurmm..lampii la aku dua tiga patblas menjak nie..
..x menyempat nk bergossip..hahaha
mane x nye..dalam 2 minggu sblm submission nie mmg semua yg aku wat..
bangun,tido,makan,minum,mandi & semua keje yang aku wat lar..
..thesis..thesis..& thesis..
 even sendawa aku pown da bau incik thesis taw..hoho.
otak penat da fikir camne analysis nie..so ak restkan jap kt belog tersayang ni erk..hehe

haa..korang nak tahu ape itu faceblog??
toksah malu2..sile2 la join n klik kat cik pinky tu yer..hehe

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

JOM KITA JOIN RERAMAI..
KORANG JANGAN JADI LAMPI CAM AKU PULAK..=)

Edit


urmm..okla..keje mengepost aku da selesai..
da jam 4.53am da nie.. nak pegi sambung nge'date' 
ngan incik thesis pon da x larat..otak da tepu da..huhu
esok ade janji ngan cik mainor nk temankan dia pergi interview QS..hoho
korang tolong kejutkan saya pagi esok ek..hehe.tenkiu~
nk tido la..nyte semua..babaii ^-^

SubhanAllah..tenang hatiku tengok video ni..Rugi korang x tgk..



Ya Rahman..Ya Rahim..aku bersyukur diatas nikmat yang telah kau berikan kepadaku...
Wahai hatiku jangan bersedih...sesungguhnya Allah bersama kita!

Sunday, February 27, 2011

Entry nie khas utk Nur Amidatul Ima..Hepi Besday Gf! ^-^

saje nk tepek pic cake nie..hehe.
ima..u makan cake nie dr jaoh la erk..kui3 =P
Assalamualaikum..Hai semua..Salam 1 Malaysiaa..
hohoho..len macam plak greet aku hari nie kan?
xperla, nie kan qis punye blog..haha yerla,sape punye lagi kan..
so suka ati lar nk buat camne..aikk..melalut2 plak aku nih..
sabor jerla adik kakak erk.!! xder maknanye nie..hoho.

ok2..be seyes qistina..^-^ direct to da point..
Actually arini special day taw..
My GF besday..ktorg kawan since skolah SMIP dolu..
thanks eima..awk atr bestfren ever that i've met!
even skang kte xleh nk slalu jmpa kte ttp keep in touch k
hope our friendship will be long lasting 4eva..
hurmm..tepat 27hbFeb1988..
 23 tahun dolu my bestfren eima dilahirkan ke dunia..
so disini sy nk amik chance untuk wish  

 To Eima..HaPpY bEsDAy GurlFriend!!^^
Semoga awk berjaya dunia akhirat k..Wish u all da best in ur life.. 
semoga persahabatan kita kekal dulu, kini, dan selamanya k..
susah senang kita kongsi bersama.. 
saya sayang awak! ;-)

td qis ade godek2 file then terjumpa bbrape keping gmbr yg kte amik time kte kecik2 dolu..
(haha..kecik lar sangat..=p ) ima ingat ag dop semo nie?hehe ^^

Fren 4eva.. ;-)
haa..nie pic yg kte wat reunion ritu..^^. cik ana kte sweet gtu..
pasni leh makan nasik myk lar kte..hahaha
sorila cik qiss koya mencapap d cni.. =P
last class kt SMIP..5-Al Farabi..hehe.
ima wif cik mimie n cik katen..hik3
Dinner akhir tahun form 5..kat Hotel Renaissance KB..
ima wif cik ana,cik hasni, cik mimie n ofcoz wif me.. =)
haha..sowriee gmba blurr..snap dr foto album
(xpela..napok sket knangan lelamer kn~kui3)
Happy Birthday Eima..^^

 P/s: Sempena besday awk nie, sy bg Raul Gonzalez kat awak..(hohoho..bajet cam btl2 bg mamat ni kt u plop..=p) sy taw awk minat Raul..even skang bkn musim bola pown..xpe..nie i kasi u tatap puas2 pic abang raul yang encemm tu erk..hehe^^

 



Saturday, February 26, 2011

Petanda Akhir Zaman!

Assalamualaikum. Aku ade sumtim nak share nie..
ngah duk godek2 blogwalking tadi, aku singgah kt blog Incik AaBa..
thanks for him sbb bagi aku mengopipastekan info nie..^^

NEGARA-NEGARA ISLAM BERGOLAK DIBUMI SENDIRI

Pictures-credit to incik google


Tahukah anda? Libya kini sdg bergolak apabila rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan..tetapi pemimpin veteren itu bertindak balas sbgmana pemimpin berkuku rimau besi..membalas dengan menentang puak2 anti kerajaan dgn menggunakan kuasa veto tentera sehingga mengorbankan lebih 1000 nyawa setakat ini. Latest, aku baca paper Metro td ckp Gaddafi Bom Masjid!! SubhanAllah, bila NAFSU GILER KUASA bermaharajalela..rumah Allah pon dibedil! rakyat menjadi mangsa..

kebangkitan kuasa rakyat - thanks incik google


Kebangkitan ini adalah tempias daripada gerakan revolusi di Tunisia, Mesir dan kini kebangkitan ini semakin hebat di Libya. Muammar Gaddafi da perintah Libya selama 42 tahun. Tempoh ni lebih lama dari Hosni Mubarak dan kini nampaknya Pakcik Gadafi ni lebih kejam dari Hosni. ingatkan Hosni da kejam.. rupenya Gadaffi lagi kejam..Begitulah dalam hidup kita, kita rasa diri ni dah jahat, rupa2nya ade lagi yang lebih jahat..Dan apabila kita rasa kita nie dah baik, rupanya ada lagi yang lebih baik dari kita..jadi sejahat mana pown kita, BELUM TERLAMBAT untuk kita BERTAUBAT..dan jika kita baik..BERSYUKURLAH dia atas nikmat pinjaman Allah  itu..=)

ish-ish-ish....(sambil cik qiss geleng2 kepala)


Seramai 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya kini berjaya dipindahkan ke Tunisia pada puku 12 tghari semalam berikutan ancaaman keselamatan yang semakin meruncing di negara bergolak itu.

rakyat menjadi mangsa

Alangkah lagi malangnya, Muammar Gaddafi nie siap suruh Bedil lagi rakyat2 dia yang menuntut keadilan. Lihatlah betapa kejamnya pakcik nih! Xmo tunduk dgn kuasa rakyat..mana keadilannya? dahla perintah negara berkurun2..x reti nk turun..Inikah pemimpin yang kita cari? sejak rampasan kuasa 42 tahun dahulu, Gaddafi(hurmm..nama da santek..mcm dafi AF lak..huhu) da cekik libya bila dia berkuasa after kalahkan Raja Idris pemerintah Libya masa tue yang pergi keluar negara tuk dapatkan rawatan perubatan.. 

Incik Muammar Gaddafi..

Dahulunya kebangkitan rakyat di Tunisia..then merebak ke Mesir menjatuhkan rejim Hosni..Alhamdulillah pemerintah kejam dua2 nie da tumbang. Sekarang di Libya, selepas nie? Ayuh kita kongsi perkembangan resolusi dan kebangkitan rakyat supaya kita sama-sama taw bahawa dunia kini semakin di akhir zaman, Islam mula bangkit dan petanda akhir zaman semakin jelas dan bertambah-tambah. hayati dan fahamilah isu2 kebangkitan ini supaya kita tidak menjadi golongan yang rugi. Semoga Allah membantu pihak yang benar..amin.

P/S: Kongsilah dengan rakan2, nak copy paste dari ini pon amiklah..semoga kita dapat sedar yang islam kini semakin bangkit..TINGGAL DIRI KITA JE..DAH BANGKIT KE BELUM DALAM MELAWAN DIRI SENDIRI?huhu

Untuk baca entry pasal pergolakan bumi Mesir, korang boleh klik sini..

Untuk entry nie, aku nak selitkan satu bait2 syair yg sgt syahdu..xtaw dari mana aku dapat..ade terselit lam diari aku.. thanks to the writer for da best syair.. sgt menyentuh jiwa & membakat semangat!..

ADAKAH KAU LUPA?

Adakah kau lupa..kita pernah berjaya
Adakah kau lupa..kita pernah berkuasa
Memayungi 2/3 dunia..merentas dunia melayar samudera
Keimanan juga ketakwaan..
Rahsia mereka mencapai kejayaan
Marilah wahai anak bangsa,
Kita bina kekuatan jiwa..
Ditangan perjuangan, gemilang generasi silam..
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang..


Adakah kau lupa..
Sejarah mengajar kita
Budaya islam serata dunia 
Membina tamadun berjaya
Barulah mengangkat maruah.

Bak kata pujangga..bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..=)


Thursday, February 24, 2011

-ENTRY INI SANGAT BAIK-



Assalamualaikum buat bakal suamiku..
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. 
Biarlah aku hanya cantik di matamu. 
Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki 
andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki
sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki 
bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu
 seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki 
yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu 
yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? 
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain..
aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku..
 Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku..
kerana itulah yang dituntut oleh Allah..

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku..
aku juga perlu menjadi perempuan yang baik...
Bukankah Allah telah menjanjikan
 perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja..
 aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi..
 Namun setiap kali perasaan itu datang, 
setiap kali itulah aku mengingatkan diriku 
bahawa aku perlu menjaga perasaan itu 
karana ia semata-mata untukmu.



Allah telah memuliakan seorang lelaki
 yang bakal menjadi suamiku 
untuk menerima hati dan perasaanku yang suci.
 Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain.
 Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji 
oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku..
 Aku dengan tegas menolak, 
berbagai macam dalil aku kemukakan, 
tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu.
 Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu..
 Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu.
 Malah aku yakin pada gerak hatiku..
yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet 
cerewet dalam memilih pasangan hidup..
 Siapalah diriku untuk memilih permata..
 sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan
 seperti wanita yang lain,
 dilamar lelaki yang bakal memimpinku 
ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, 
juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam,
 atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad SAW, 
yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz..
Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. 
Itu janji Allah...Akan tetapi,
 selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah..
selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu
 karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan..
 Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan 
yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak..
 Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai..
 andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi..
 kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,
 mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. 
Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, 
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu
 kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. 
Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa...
 Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, 
didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya,
cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. 
Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, 
kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, 
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, 
insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita..
ku ingatkan diriku dan dirimu..
peliharalah diri dan jagalah kesucian.. 
semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi 
dan memberkati perjalanan hidup ini..InsyaAllah..



p/s:credit to iluvislam.com 

Tawaran Baek Punyer ni! sile lar klik cni..free of charge~ hihi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com