Assalamualaikum wbt..

Cinta..
Disini.....aku mencintai orang yang belum tentu mencintaiku
Disini....Aku menyayangi orang yang belum tentu menyayangi dirikuDisini......Aku mengasihi orang yang belum tentu mengasihi dirikuAku tidak tahu apakah dia akan menyayangi dirikuAku tidak tahu apakah dia akan mencintaikuAku tidak tahu apakah dia akan mengasihiku
\ |
Ya Allah Ya Tuhanku..
jika telah ditetapkan olehmu bahawa dia bukan milikku..
janganlah engkau membiarkan aku merindui kehadirannya
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku padanya
kikislah pesonanya dari pelupuk mataku..
dan usirlah dia dari relung hatiku..
aku redha ya ALLAH
aku redha ya ALLAH
gantikan damba kerinduan di dada ini
dengan kasih sayang dariMu yang murni..
...CINTA AKHIRAT...
dengan kasih sayang dariMu yang murni..
...CINTA AKHIRAT...
Ya Allah..Aku memujimu dengan segala kesempurnaan Dzatmu..yang maha Mengetahui dan maha Melihat,Ya Allah..Izinkan aku merayu Mu untuk memohon cintaMu, kurniaMu......Ya Allah..aku tahu setiap langkah ku selalu berbalut dosa dan kehinaanMaka dari itu izinkan aku untuk memintamu..memohon kasihMU..Serta mengharapkan belas kasih mensucikan kenistaan yang berbalut di jiwa dan roh ku.Aku hambaMu yang lemah..yang sering alpa dan lalai diracuni keindahan fatamorgana.... Ya Allah Aku mencintai Mu...... Izinkan Aku Menjadi kekasih Mu,Menjadi manusia yang selalu dicintai dan mencintai Mu,Ya Allah tentramkan jiwaku dengan cintaMu..
Ya Allah..sekiranya ditakdirkan aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin..sekiranya ditakdirkan aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu
Ya Allah..sekiranya ditakdirkan aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana..sekiranya ditakdirkan aku jatuh cinta,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu.
Ya Allah...sekiranya aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.
Ya Allah..jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah..jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah...jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Nota cinta buatmu..Muhamad Sholihin Idris
Buat bakal suamiku Muhamad Sholihin Idris.. sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suamiku…MUHAMAD SHOLIHIN BIN IDRIS.
No comments:
Post a Comment