Wanita..
Diciptakan dari rusuk lelaki..
Bukan dari kaki untuk dialasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjungi..
Tapi dekat di bahu untuk dilindungi..
Dekat jua di hati untuk dikasihi..
Wanita solehah..sebaik2 perhiasan duniawi..
Wahai adam..Hawa itu tercipta indah dari rusukmuTerlindung 1001 hikmah disebalik keindahan ituJanganlah engkau sengaja patah-patahkan iaSebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..
Wanita akal senipis rambutnyaJangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanitaTanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resahMasih mencari walau ada segalanyaApa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkokUntuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok,menghasilkan bayang yang lurus ..
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh AllahKerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh AllahDidiklah mereka dengan panduan darinyaJangan cuba menjinakkan mereka dengan hartakerana nantinya mereka semakin liarJanganlah hiburkan mereka dengan kecantikankerana nantinya mereka akan semakin deritaKenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekalDi situlah punca kekuatan dunia ..
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmuHati serapuh kacaKuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlakIngatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinyaMereka akan lihat nilaian dan keadilan RabbiBisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahanIa bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannyaPasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkanTanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurusBahkan akan semakin membengkokItulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya
Bila wanita menjadi derhakapasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinanPastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanyaJinakkan diri kepada AllahNescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmuJanganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!Lindungilah hawa itu.Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.Lindungilah hawa ituLunakkan telingamu dan ajarinyadengan nafas alunan suci Quran...

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,kerinduan, kegelisahan yang dihadapidapat diharungi bersama dengan sabar dan redhamengkafarahkan dosa-dosa kecil..
Wahai lelaki...wahai adam,Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinyaBimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannyaWangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninyaJadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantuHilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahagiaanIngatlah wahai lelaki.. ♥
Wahai lelaki yang punye peranan besar..Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.... ♥

No comments:
Post a Comment