CuTe Gurlz N EnsYem BoyZ..

Friday, January 28, 2011

nak balik kg? jom sharing-menyaring tip2 nie~



Semalam time ngah2 blogwalking ak terjumpa 1 tip ni..
mmg baek pyer, yela skag kan musim cuti skolah...
so mesti adik2..awak2.. akak2..abang2..makcik2..pakcik2 semua sibuk nk balik kampung kan? haa...xmo ketiggalan..aku pown nk balik kampung jgk esk..
so ak google la sket nk cari tip2 tuk long way drive nie..
then terjumpa la blog nie. so ak nk share ngan korg smua sal tip2 nie..
sharing is caring kan..hik3. ^.^
 kpade semua pemandu2 kete sila take note yer..
kpade sape2 yg jadi co-pilot tu blh jgk la tolong share ngan ur driver esok ek..=)

Bagaimana untuk mengelakkan/meghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
  • Bacalah sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi untuk dijadikan penawar menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
    LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM.
    (maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR)
  • Sebelum memulakan perjalanan,berehatlah secukup nya dan yg paling penting berdoalah kpd Allah agar DiLindungi perjalanan aokme dari segla kecelakaan,yg pasti tiada pelindung yg lebih hebat/baik dari Allah SWT. Bacalah doa ini sebelum memulakan perjalanan:
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X. 
mengantukkkk~
Punca-punca keletihan semasa memandu
  •  Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat
  • Mengambil alkohol
  • Kurang tidur dan rehat
  • Ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik 
  • Masalah kesihatan seperti penyakit Addison, anemia, AIDS, gangguan alahan yang kronik seperti  demam alergi atau lelah, malignan, diabetes, kegagalan jantung 
  • Senaman berlebihan 
  • Tekanan perasaan atau stres 
  • Memandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur. 
Tanda-tanda keletihan
  • Kerap menguap dan mengantuk 
  • Keliru dan pemikiran yang kabur 
  • Murung dan mudah baran 
  • Tindak balas dan reaksi yang lambat 
  • Khayal atau berangan-angan 
  • Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa 
  • Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda 
  • Gagal menumpukan perhatian 
  • Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu 
  • Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk 
  • Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain 
  • Tersengguk-sengguk semasa memandu 
  • Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).
Pengurusan sendiri
  • Perlahankan kereta anda 
  • Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai 
  • Berbual dengan penumpang jika ada 
  • Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan 
  • Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum 
  • Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap 
  • Berhenti sekejap untuk minum 
  • Berhenti rehat untuk mandi 
  • Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh 
Amalkan tabiat baru

  • Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu 
  • Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu 
  • Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh 
  • Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk 
  • Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan 
  • Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
  • Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh 
  • Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi. (Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).
haa..sempena 'kenaikan harge minyak' nie..korang mesti nk taw cara2 nk jimatkan petrol kn? so ni rahsia nye..(skang da x jadik rahsia lar..)
8 rahsia 'yang sudah tak jadi rahsia' 
untuk menjimatkan petrol..=)
  1. Memandulah dgn kelajuan yg sesuai,kajian menunjukkan memandu dgn kelajuan 80KM sejam akan menjmatkan minyak daripada 100KM sejam. lagipun x kena speed trap..^^
  2. Pastikan tekanan angin tayar kereta korang tu seperti yg di sarankan sebelum nak mulakan perjalanan dan selalulah servis penapis angin/air filter.Penapis yg kotor akan menyumbatkan laluan angin dan ini tidak menjimatkan minyok.
  3. Selepas siap mengisi minyok,jangan terus cabut nozzle dari lubang tangki tu,kamu hanye perlu terbalikkan nozzle tu ke atas,maknenye arah tekan tu lepas ke atas dan pamkan lg sekali,katanye akan mengeluarkan sisa minyak yg terperangkap dlm paip @ hose tue..(yang ni xtaw la betol ke x..tp ak nk try wat la esok..hihi)
  4. Sila pulas penutup tangki minyak tu seketat yg boleh,sebenarnye cara ini boleh mengelakkan minyok dari berlaku proses penyejatan( urmm..bley pakai kew? u ol tentukan la..hehe)
  5.  Kalo boleh parking kereta korang tu di tempat yg teduh..ini juge boleh mengelakkan petrol tu dari berlaku proses penyejatan @ evaporation.petrol yg menjdi gas.
  6. Bila korang memandu di highway yg rata,try la gunakan kemudahan yg ade tu..cruise kontrol (tp tak semua kereta ander ni).Sila check manual book kereta korang pasai penggunaan cruise control ni.Penggunaan yg betul akan menjimatkan minyak. lao ngantuk jgn digunapakai lak..kang kete tu yg drive sndiri..u ol tidoo lak..huu
  7. Kalo korg nak tukar tayar,pastikan menukar tayar jenis RADIAL,tayar jenis ni boleh menjimatkan minyak sebanyak 2-3 %
  8. Bile memandu di highway,kekalkan memandu dalam satu lane jew ,ini boleh menjimatkan minyak.Jangan asyik  nak memotong kereta, kerana ianye tidak menjimatkan minyak dan bahaye pun ye jugak.
  9. Tips terakhir...OFF kan semua suis elektronik dan aircond sebelum mematikan enjin,ini bertujuan untuk tidok membebankan enjin utk dihidupkan kembali nanti dan secara tak langsung akan mejimatkan minyak.
p/s:
-esok saya nk balik kampung dgn kakak n adik pompuan sy..
doakan ktorg selamat sampai ke rumah ek..thanks..^-^
-selamat balik kampung kpd member2 yang nk blk kg..& semoga selamat sampai ke destinasi masing2 =)

vocab klate arini: 
  • bakpo -kenapa
  • gapo - apa
  • bekeng - garang

2 comments:

Tawaran Baek Punyer ni! sile lar klik cni..free of charge~ hihi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com