CuTe Gurlz N EnsYem BoyZ..

Tuesday, February 8, 2011

Krisis di Mesir..Bumi Para Anbia..Kenali Siapa Puncanya?


Assalamualaikum.
Krisis di Mesir
 Belek2 paper..tgk2 TV.. radio..blog..website..fb..semua berita duk citer pasal krisis kt Mesir n Operasi Piramid.. Sedih sangat rase..Mesir..bumi para nabi..kini bermandi darah..dilanda krisis. Rusuhan di Mesir tercetus sejak berminggu lalu berikutan penentangan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Krisis memuncak di Mesir
  • Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat. Orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Rakyat berpecah belah..pro-mubarak lawan anti-mubarak..Ramai yang terkorban dan ramai juga yang cedera parah.
Hal ini turut mengancam rakyat Malaysia yang menetap @ belajar kat Mesir. 11,000 rakyat Malaysia terancam disana! 
  •  Internet dan komunikasi telefon bimbit disekat

Kerajaan Mesir telah menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Ini menyukarkan orang ramai untuk berhubung. Banyak info2 tepat yg x sampai kepada kita.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
  •  5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini. 5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? 
  • Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dan sebagainya. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam ni?
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
Siapa punca semua nie? jom kenali sape dia!
Hosni Mubarak..diambang ke'gulingan' 
  1. Hosni Said Mubarak, juga dikenali sebagai Hosni Mubarak(HM), lahir di Kafr-El Meselha, Al Monufiyah, 4 Mei 1928, umur (82 tahun) adalah presiden Mesir sejak 14 Oktober 1981.
  2. Hala tuju Mubarak sebagai wakil presiden bermula setelah pangkatnya dinaikkan di jajaran Angkatan Udara Mesir. Kemudian, beliau menjadi presiden untuk menggantikan presiden Anwar Al Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh kelompok radikal Islam. Beliau merupakan Presiden Mesir keempat selama hampir 30 tahun sejak menjawat jawatan itu pada tahun 1981. Sebagai Presiden Mesir, dia dianggap sebagai pemimpin yang paling berkuasa di wilayahnya.
  3. Hosni Mubarak, yang berkuasa selama tiga dekad, menghadapi protes yang belum pernah terjadi sebelumnya iaitu bermula pada hari Rabu (26/1). Walau "gerakan benci Mubarak" sudah mulai merebak di laman jejaring sosial beberapa bulan sebelum itu, namun rusuhan itu hanya terjadi setelah terinspirasi daripada penggulingan presiden Tunisia.
  4. Mubarak tidak mempunyai pengganti yang jelas. Hal ini telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu kepada anaknya untuk mengambil alih. Inilah yang membangkitkan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.
  5. Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan.Mengikut BBC,beliau telah terselamat daripada 6 cubaan bunuh.Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel.
  6. Beliau salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq.Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta.Terdapat ungkapan rakyat Mesir bahawa seorang anggota polis lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.
Berikut adalah beberapa fakta tentang Mubarak:

  • Mubarak, 82 tahun, mengambil alih pemerintahan setelah kelompok radikal Islam menembak mati presiden sebelumnya, Anwar Sadat, pada tahun 1981. Komando angkatan udara ini sebaliknya "tahan lebih lama" memerintah daripada yang dibayangkan pada ketika itu.
  • Mubarak dikenali sebagai seorang yang giat melakukan reformasi ekonomi yang dipimpin oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tetapi dia menutup rapat pintu pembangkang untuk berpolitik.
  • Dia telah menolak perubahan politik yang signifikan, bahkan di bawah tekanan Amerika Syarikat, yang telah menyogokkan berjuta-juta dolar bantuan ketenteraan dan lainnya ke Mesir kerana menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979. 
  • Mubarak memenangi pemilihan pertama multi-capres tahun 2005 meskipun keputusannya sudah dijangkakan. Kelompok hak asasi manusia dan penganalisis mengatakan pemilihan itu penuh dengan penyimpangan dan penyelewengan.
  • Mubarak tidak menyatakan apakah dia akan terus memerintah untuk penggal keenam  pada tahun 2011. Para penjawat kerajaan telah meramalkan bahawa dia mungkin akan terus memerintah, walaupun persoalan tentang kesihatannya dibangkitkan setelah melakukan pembedahan di Jerman Mac tahun lalu. Rakyat membaca dia bakal menyerahkan kekuasaan kepada anaknya, Gamal, yang kini berusia 47 tahun. Namun baik Mubarak mahupun Gamal menyangkal dakwaan itu.
      • Gamal, tidak seperti ayahnya dan presiden Mesir lainnya, tidak memiliki latar belakang ketenteraan. Para pemerhati politik mengatakan bahawa adalah lebih sukar bagi Gamal untuk naik sebagai presiden.
      credit to: ohmalaysia.com & billyinfo.blogspot.com


      HOSNI MUBARAK(HM).. seorang diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun. Rakyat yang menjadi mangsa,kini bangkit menentang demi sebuah keadilan! ISLAM! itu yang dimahukan..Ikhwanul Muslimin bangkit menentang HM. 

      Semoga Allah memberikan kejayaan kepada pihak yang benar..amin. Marilah kita doakan kebaikan untuk seluruh umat islam di Mesir..semoga mereka tabah menempuhi dugaan berkenaan.

      Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita yang menetap di negara yang aman, makmur dan sejahtera ini. Ia boleh mengajar kita supaya lebih berhati-hati menjalankan hak, kuasa dan amanah. Semua nie penting untuk menjamin keharmonian negara. Tanggungjawab para pemimpin sangatlah besar..jagalah amanah negara sebaiknya. 

      Ia juga dapat memberikan kita panduan agar peristiwa berdarah seperti ini tidak berlaku di negara kita lebih2 lagi dinegara berbilang kaum ini. Cintailah kemakmuran Malaysia dan rakyat haruslah membantu pemimpin disertai rasa bersyukur dengan nikmat kemakmuran yang dianugerahkan Allah kepada kita. SAYA SAYANG MALAYSIA! ALLAHUAKBAR!

      Tazkirah hari ini:-
      Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
      "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya." (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

      Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: 
      "Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): ‘Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya."


      No comments:

      Post a Comment

      Tawaran Baek Punyer ni! sile lar klik cni..free of charge~ hihi ^^

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


      I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com