CuTe Gurlz N EnsYem BoyZ..

Saturday, February 12, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"!!


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Peace be upon you..

Malam nie x boleh tido..
da 'terminum' air nescafe td..
sambil2 wat dissertation a.k.a final year projek tuh..
aku pown 'take 5' jap tuk legakan otak..
ngah duk 'godek2' fb tue aku terjumpa 1 note nie..
sgt bermanfaat tuk dkongsi bersama..
so nk share la ngan korang..
korang pown jemput ler share this info..
'sharing is caring' kan..hihi^^

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Baik gunakan 'ASSALAMUALAIKUM'
 atau 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama...Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
credit to google
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah:

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti 
"Ko tolong kirim salam maut kat dia yer". huhu..

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, 
tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud 
'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'!

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A’kum", 
kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. 
  • Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
  • Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
  • Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” 

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. 
Sekian, semoga ada manfaatnya

~TAZKIRAH~
Diriwayatkan di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdillah bin Amru bin Al-‘As R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Bagaimanakah (amalan) Islam yang terbaik ? Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu memberi makanan, dan mengucapkan salam kepada sesiapa yang kamu kenali dan tidak kenali”.

P/S: Sy budak ngah blaja..ilmu didada kurang..juz sharing tuk kebaikan bersama..kalau silap sila perbetulkan ye..thanks^^

4 comments:

  1. TQ...dapat ilmu...selalu buat mistake tue dlm sms...kena ubah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. aah..qis pown slalu wat mistake ni jgk sblm ni..tp Alhamdulillah skang da taw..huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum!

    nice entri, sgt bagus. mudah2an lbh ramai bloggers mcm izatul share info yg menjadikan kita pengamal sunnah Nabi s.a.w.

    Cuma ada sedikit kemusykilan lah, sejauh yg saya study dlm course Usuluddin Tafsir d al-Azhar dulu 'salam' tidak semestinya bermaksud selamat tinggal

    tidak dinafikan as-salam lebih bagus & baik untuk memberi maksud as-salamualaikum kerana ada alif lam lil `ahdizzihni or seumpamanya ( geng2 blajar bhs arab tau kot istilah ni)

    Tetapi dlm ayat yg diutarakan di atas 'salam' diterjemahkan dengan Selamat Tinggal berdasarkan konteks ayat dan bukan semata2 kerana perkataan salam (sila rujuk kamus)

    Ok jom kita jenguk pula ayat2 sebelumnya supaya lebih jelas maksud ayat tersebut:

    [81]
    Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): “Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!”
    [82]
    Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, – tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), – (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
    [83]
    Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
    [84]
    Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
    [85]
    Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
    [86]
    Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
    [87]
    Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
    [88]
    Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”
    [89]
    (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ‘ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! “

    (Sumber: http://www.alquran-melayu.com/43-az-zukhruf/ )

    jelaslah ayat itu mengambarkan perintah Allah supaya Baginda mengucapkan selamat tinggal dan jangan hiraukan mereka kerana orang-orang kafir tersebut tidak mahu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Wallahu`alam

    ReplyDelete
  4. @ibnu hasan: owh..gtu ek..thanks for that info. saya pown dpt maklumat ni dr notes yg member share. post kt cni for sharing..hehe. so maksudnya disini kte still blh guna salam tp yg lebih baik lagi kalo kte ucap assalam or assalamualaikum terus kan..hehe. yang akum,semekom n bye tu mmg konpem "diharamkan" la kan..thanks skali lg wak..hihi^^

    ReplyDelete

Tawaran Baek Punyer ni! sile lar klik cni..free of charge~ hihi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com